Orang kate mendung tak semestinya hujan kan? Dan hujan tak semestinye lama kan? Eh, betul ke ape yang aku cakap ni?
Tak terkata rasa syukur aku hari ni pada Yang Maha kuasa bilamana dilema yang aku hadapi since start degree selesai akhirnya. Terbayar akhirnya penat lelah aku sampai lemah2 lutut kaki dan mata yang asyik basah, lagi2 Abah yang lebih perit tanggung masalah ni. Alhamdulillah sangat2! Biar cuma sekeping kertas, aku rasa gembira sangat2!
Maka sepanjang perjalanan balik ke Klang aku cume tersenyum dan ligat memikirkan apelah reaksi Abah bile die dapat tau nanti! Tak sabar aku nak tengok die senyum gembira! Tapi aku still tak bagitahu dia tentang ni. Tunggulah bile semuanya dah betul2 settle. Mungkin ia tak sebanyak mana tapi setakat nilah yang termampu aku untuk balas jerit perih Abah buat masa ni.
Lepas teringatkan Abah, lagu ni tiba2 berkumandang daripada modulator aku. Tiap kali aku dengar lagu ni aku akan reminisce sahabat2 aku, also family aku. Buat aku tersenyum tanpa henti. Dan bila ia bercampur dengan situasi gembira aku ni, aku menangis. Tapi tangisan terharu+euphoric. Bolehlah aku katakan ini nazar aku yang dah tercapai. Sampai masanya aku bayar nazar aku pada sahabat2 dan family aku nanti. Insyaallah! Despite aku yang kadang kala rasa tak bersyukur dengan apa yang Dia beri, Dia masih bantu hamba dia yang hina ni. Tak dapat aku ungkap perasaan yang aku alami sekarang ni. So lagu ni, aku dedikasikan khas buat semua yang aku sayang yang selalu doakan yang terbaik untuk aku..
Sebaik saje kereta aku lepas jalan belok2 tu, tiba2 aku dengar
KABOMMMM!!
Tahu2 depan aku berasap. Nyaris aku hilang kawalan. Nasib baik aku cume drive 40 km/h je masa tu. Rupenye tayar lori depan meletup. Depan mata aku. Macam nak gugur jantung. Ya Allah, tak sangka umur aku panjang lagi.... Demi Abah, mungkin belum sampai ajal aku.. Tapi bila aku kenang balik macam kelakar pun ade. Aku yang kelam kabut sendiri. Drivers lain kat belakang aku relax selambe dek je.
Dan pengajarannya, jangan berhenti berusaha. Dan jangan berhenti percaya bahawa Allah sentiasa ada di sisi. Insyaallah...
Dah tiba masa untuk aku...
Hmm...
3 comments:
salam cik anis.
wahh.panjang dan ringkas posting kali ni.hehe..ringkas ke? :)
alhamdulillah.
apa yg anda inginkan,sudah dimakbulkan.amin..hope dpt balas jasa mereka yg berusaha utk memberi kita ilmu yg baik n berguna.
pasal kereta tu.atoyai..
ape sebut2 pasal benda tu.huhu..
xelok ma..berhati2 len kali meh.
okeh.
"dgn mengingati Allah.
hati2 akan menjadi tenang."
smile.. :)
w'salam en.tAq0!
heh. ringkas le sgt.. :p
thnx atas ingatan anda!
tang kete tu, hehehehee...
hmm...
x pnh2 anda taip pnjg2 kan? :p
hohoo...
hehe.
tibe2 TERtaip ringkas sket..
keh3~ :D
Post a Comment