'Remember
When your dreams have ended
Time can be transcended
I live forever
Remember me..'
Aku mahu. Tapi apa yang aku mahu?
Esok pagi, jemaah2 dari kelas 5A bakal berangkat bagi menunaikan tanggungjawab mendaftar peperiksaan MUET. Kalau tak, alamat tak boleh graduate la kami ini. Selangkah, buat aku reflect balik rencah hidup aku hampir 21 tahun ni.
Aku. Anak pertama dari dua adik beradik. Ramai yang mempertikai kenapa hanya 2, bukan 3, 5, atau 10? Memperkecil upaya Mak Abahku. Merendah kedudukan Mak Abahku. Menyindir akan si Kancil kecil yang jadi satu2nya kudrat kami bergerak tika itu. Tapi lihat siapa yang porak peranda; penghuni banglo dengan 2 mejar yang hampir hilang arah tuju dan 6 kakitangan yang nyaris dibiar kebuluran. Namun, Dia tak pernah membeza2kan aku dengan mereka. 6 kakitangan menjadi asas bila tiang hampir menyembah konkrit. Mungkin juga tanah gambut.
Bukan senang jadi anak tunggal, perempuan, maksud aku. Aku hadiah pertama cinta mereka. Aku juga harapan mereka. Segala diatur untuk aku. Makan, pakai, juga hala tuju aku. Sampaikan aku tak tahu makna sebenar hidup aku. Apa pentingnya di sebalik kewujudan aku di muka bumi ni. Tak boleh ada kurang, tak boleh ada cela. Aku tak salahkan mereka. Mereka mahukan yang terbaik untuk aku. Dan aku tahu ramai di luar sana yang bernasib baik macam aku.
Semester ni kerap kali aku fikir, tahun depan dah graduate, apa yang patut aku buat? Masih dalam pencarian. Kira2, mungkin aku mahu sambung belajar sambil bekerja. Dua perkara dalam kepala aku. Journalism, atau Linguistics? Aku tahu aku kurang sesuai mengajar, dan bukan minat aku menjadi pendidik. Tapi aku sangat suka bahasa. Tak kira bahasa apa sekali pun. Kalau punya peluang, mahu saja ku pelajari semua bahasa yang ada di muka bumi ni. Tapi terkilan aku masih tak dapat kuasai bahasa syurga yang sudah 9 tahun aku pelajari. Mungkin pedagogi yang diguna pakai kurang sesuai untuk aku.
Aku. Masih fikirkan apa yang aku mahu. Komitmen apa yang mahu aku sahut. Macam tak realistik.
Tapi ini yang aku mahu.
Aku mahu pergi jauh dari sini.
Aku mahu lupakan semua kesakitan.
Aku mahu lesen penerbangan.
Aku mahu terbangkan sekurang2nya LSA.
Aku mahu sentuh McDonnell Douglas F-4D Phantom II sebenar.
Aku mahu jadi freelance writer.
Aku mahu jadi freelance photographer.
Aku mahu ada travelling log sendiri.
Aku mahu jejak kaki ke Robben Island, selami apa yang Nelson Mandela pernah rasa.
Aku mahu hidupkan lagenda Sherlock Holmes di Kota Stockholm.
Aku mahu jadi saksi aurora sebenar, bukan dari wallpaper National Geography
atau rancangan Pilot Guides.
Aku mahu minum air dari kaki Pergunungan Alps.
Aku mahu merenung pertembungan Lautan Atlantik dan Lautan India di Cape of Good Hope.
Aku mahu menumpang kesesakkan subway NYC.
Aku mahu jadi conservationist hidupan liar.
Aku mahu jadi ibu angkat si comel harimau putih Siberia.
Aku mahu tunai gurauan Mak, tinggal di Switzerland.
Aku mahu belajar snowboarding.
Aku mahu belajar paraglyding.
Aku mahu belajar bahasa2 utama dunia.
Aku mahu terus belajar seni warisan silat, tanpa rasa rendah diri seperti selalu.
Aku mahu jadi sukarelawan pasukan pengaman.
Aku mahu lupakan rasa cinta pada manusia.
Tapi..
Aku mahu dilamar di bawah Sakura kembang pertama di Taman Yachounomori.
Aku mahu setia pada dia.
Yang aku tak tahu siapa takdir ku itu.
Aku mahu ubati Abah.
Mungkin aku tamak. Banyak lagi yang aku mahu.
Tapi mungkin ini cara aku menghargai pemberianNya yang ada di muka bumi ni.
Aku cuma mahu hidup bahagia.
Pesan sahabat aku, "Life's short. Live it to the fullest!"
You know what, perhaps I will..
Maafkan Anis Mak... Abah...
2 comments:
hebatnya! moga2 suatu hari. siapa tahu? (:
insyaallah..
thnx 4 the support!
Post a Comment