January 31, 2010

Bila Airmata Kering, Sakura Pun Berkembang


"Bersifat sementara. Itulah dunia nyata.
Sementara menanti janjiNya yang hakiki."
Aku yang bangun.

Tak aku sangka, apa yang aku tempuhi hari2 lepas rupanya buat aku lagi kuat. Boleh aku ibaratkan demam yang sangat teruk. Bila ia datang, hampir jatuh tak dapat bangun balik. Tapi adanya demam, sel darah putih dapat hasilkan antibodi untuk badan supaya dapat lawan demam. Bila demam datang lagi, badan dah bersedia. Demam tu macam dugaan. Antibodi tu pengalaman. Tak ada dugaan, tak adalah pengalaman kan? Kalau tak ada pengalaman macam mana nak kuat?

Jadi itulah yang aku belajar 3 hari ni. Dalam masa tu aku langsung tak dapat menangis. Tak tahu kenapa. Lepas nangis, aku selalu rasa lebih baik. Tapi kali ni tak. Paksa pun tak nak keluar. Yang aku tahu aku cuma boleh ketawa. Ketawa sampai sakit pipi. Aku rasa pelik sangat. Rasa down tu memang obviouslah. Siapa yang betul2 kenal dengan aku memang tahulah kegembiraan fake aku dalam masa beberapa hari tu. Haha~

Rupa2nya baru aku tahu. Badan aku dah boleh terima perasaan yang menyakitkan tu dan immediately eliminate rasa sakitnya. Somehow, aku rasa tak fragile lagi macam dulu. Despite luka ditempat yang sama berkali2. Wah. Ajaibnya! Aku ingat aku akan ambik masa yang lebih lama untuk pulih. Rupanya sekejap. Aku berjaya reposition balik emosi aku macam yang Dr. Mohamad ajar. Macam manalah aku boleh lupa apa yang dia ajar despite 2 kali aku attend seminar dia? Sungguh short term.

Dalam waktu 'pemulihan' tu rupanya diam2 buat aku jatuh cinta dengan Linguistics. Mulanya niat aku cuma nak siapkan assignment proposal untuk Business Writing, tapi tak sangka dalam buat research tu aku tertarik sangat2 dengan areas dalam Linguistics (tapi mungkin bukan Syntax). Nasib baik aku sendirian dalam bilik. Kalau tak Mak mesti pening nampak aku senyum2 depan screen. Betul2 macam jatuh cinta. Thus, buat aku lupa kesedihan aku.

Kelakarlah.
Satu Dia hilangkan dari aku tapi satu lagi Dia ganti untuk aku. Syukurlah. Aku juga tahu kalau semua ni bersifat sementara. Satu hari Dia akan ambil balik. Sampai datang waktu yang dijanji. Hey, either way, aku dah rasa bersyukur sangat walau apa yang Dia beri ni cuma pinjaman. Daripada tak dapat langsung. Dan sekarang, aku bangun. Bangun dari semua yang buat aku lemah. Akan datang, akan ada yang lebih berat. Never mind. I'll wait. Till that, aku akan cuba jadi lebih bersedia. Sebab aku tahu, kesakitan yang bakal aku dapat tu akan buat aku lebih kuat.
Dan kuat.
Dan kuat.

p/s : Thnx Mak, Abah, Ijat, Atuk, A'a, Ili, Hawa, Kaoru yang comel, NWZ-E443 Merah, Ichi, Teddy koyak, Bulat, Oren, FTec lappy, brown blazer, BJH 809, rumah no.16, Pecan Butterscotch, juga...assignments yang berjaya distract aku. Love & Peace. (^_^)v

January 27, 2010

Silent VS Bising


I'm not gonna lie. Kadang2, menjadi orang yang senyap itu membosankan. And I'm pretty sure orang di sekeliling akan turned out bosan dengan kite. Mula2 yelah, "Hey, silent people r cool! They can sit still, not saying anything but still look cool. I like silent people!" Tapi lama2, figure it yourself lah..

Dari apa yang aku observe dan EXPERIENCED sendiri, orang yang senyap paling senang kena buli, oppress and god knows what other sorts of things can happen. Face it people. The world is cruel. Life, is a cruel reality. No one really gives a damn about silent people. UNLESS, he or she is cute, handsome or somehow wealthy. Dan orang2 yang paling senang terdemotivated macam aku paling vurnerable. No wonderlah kalau terms macam 'Hikikomori' tu wujud. [Hikikomori tu orang yang sangat2 jarang, infact tak pernah keluar rumah disebabkan tekanan luar rumah atau orang disekeliling mereka]

Nowadays, [trust me] takkan ada yang pandang dalaman. Semua akan judge luaran. Cantik luaran = cantiklah dalaman. Mulut je cakap lain. Aku dah faham sangat. Somehow aku terfikir jugak kenapalah aku ni boleh baca [most of the time] reaksi orang? Kenapa aku boleh indicate apa yang diorang rasa sebenarnya based on their behaviour? Dan kenapa aku tak boleh endahkan apa yang mereka fikir pasal aku? Bukan diorang yang bagi aku makan pun. Bukan diorang yang tanggung aku pun. So, what gives? Aku mengakulah bukan apa yang aku rasa tu exactly accurate tapi most of the time memang betul. Boleh delete tak application tu?

In the end, things like these weakens me. Plus, aku yang extra sensitive ni. Cikgu biology aku cakap, dalam satu family akan ada sorang yang biology traits dia berbeza dari members yang lain. Contohnya, yang lain semua rambut ikal, sorang rambut lurus. Yang lain kulit slighty gelap, yang sorang slightly cerah. Dan yang berbeza tu biasanya akan lebih sensitive dari yang lain. Akulah tu. Payah betul. Tapi itu bukan satu alasan sebenarnya.

Well, salah aku juga kalau biarkan diorang buat benda2 yang buat aku rasa lemah. Mak selalu pesan, "Early birds always get the worms." Aku naive sangat bagi peluang kat orang lain sampai aku sendiri melepas. In the end, memang kena 'buli'lah. Lagi2 dalam teaching field ni memang kena banyak cakap. Whether you like it, or not.

Tapi tadi, time aku sedang cari maksud 'speech' untuk satu assignmnet, I came across with a few quotations.
"It's better to keep your mouth shut and give the impression that you're stupid
than to open it and remove all doubt." Rami Belson

"Language is legislation, speech is its code. We do not see the power which is in speech because
we forget that all speech is a classification, and that all classifications
are oppressive." Roland Barthes

"Wherever the relevance of speech is at stake, matters become political by definition, for
speech is what makes man a political being." Hannah Arendt

Tak faham jugak? Yang ini lagi pedas.
"It's a damn shame we have this immediate ticking off in the mind about how people sound.
On the other hand, how many people really want to be operated upon by a surgeon
who talks broad cockney?" Eileen Aitkins

Quotes di atas basically bermaksud, bercakap itu bukan segala-galanya. Mungkin, you look more superior kalau anda cakap lagi banyak. Anda boleh impress semua orang. Anda potong cakap orang lain bila mereka sedang bercakap. Ignore mereka bila cube voice out pendapat. Treat them like some sort of dumber. But in the end, ada apa dengan words when you talk rubbish? Bila anda anggap orang lain disekeliling anda bodoh? Sampai assume mereka tak tahu buat kerja langsung? Come on lah! Wake up boleh tak? Orang2 macam nilah yang selalu jadi pemimpin yang runtuhkan negara. ONLY BECAUSE THEY CAN TALK.

No. Aku tak discriminate orang yang banyak cakap. Aku tak kata semua macam tu. Segelintir saja. Tapi bagi yang terasa tu, baguslah. Change for the better. Sebenarnya aku pun terasa sebab aku selalu type berjela-jela dalam blog. But atleast aku describe in general. Dan aku sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati. And now, I feel much better. Thanks to those quotes.

Dan sekarang aku kena bersiap untuk kelas Psycholinguistics.
Speak wisely, listen precisely. Aku cakap.

January 26, 2010

Aku Mahu


'Remember
When your dreams have ended
Time can be transcended
I live forever
Remember me..'

Aku mahu. Tapi apa yang aku mahu?

Esok pagi, jemaah2 dari kelas 5A bakal berangkat bagi menunaikan tanggungjawab mendaftar peperiksaan MUET. Kalau tak, alamat tak boleh graduate la kami ini. Selangkah, buat aku reflect balik rencah hidup aku hampir 21 tahun ni.

Aku. Anak pertama dari dua adik beradik. Ramai yang mempertikai kenapa hanya 2, bukan 3, 5, atau 10? Memperkecil upaya Mak Abahku. Merendah kedudukan Mak Abahku. Menyindir akan si Kancil kecil yang jadi satu2nya kudrat kami bergerak tika itu. Tapi lihat siapa yang porak peranda; penghuni banglo dengan 2 mejar yang hampir hilang arah tuju dan 6 kakitangan yang nyaris dibiar kebuluran. Namun, Dia tak pernah membeza2kan aku dengan mereka. 6 kakitangan menjadi asas bila tiang hampir menyembah konkrit. Mungkin juga tanah gambut.

Bukan senang jadi anak tunggal, perempuan, maksud aku. Aku hadiah pertama cinta mereka. Aku juga harapan mereka. Segala diatur untuk aku. Makan, pakai, juga hala tuju aku. Sampaikan aku tak tahu makna sebenar hidup aku. Apa pentingnya di sebalik kewujudan aku di muka bumi ni. Tak boleh ada kurang, tak boleh ada cela. Aku tak salahkan mereka. Mereka mahukan yang terbaik untuk aku. Dan aku tahu ramai di luar sana yang bernasib baik macam aku.

Semester ni kerap kali aku fikir, tahun depan dah graduate, apa yang patut aku buat? Masih dalam pencarian. Kira2, mungkin aku mahu sambung belajar sambil bekerja. Dua perkara dalam kepala aku. Journalism, atau Linguistics? Aku tahu aku kurang sesuai mengajar, dan bukan minat aku menjadi pendidik. Tapi aku sangat suka bahasa. Tak kira bahasa apa sekali pun. Kalau punya peluang, mahu saja ku pelajari semua bahasa yang ada di muka bumi ni. Tapi terkilan aku masih tak dapat kuasai bahasa syurga yang sudah 9 tahun aku pelajari. Mungkin pedagogi yang diguna pakai kurang sesuai untuk aku.

Aku. Masih fikirkan apa yang aku mahu. Komitmen apa yang mahu aku sahut. Macam tak realistik.
Tapi ini yang aku mahu.

Aku mahu pergi jauh dari sini.
Aku mahu lupakan semua kesakitan.
Aku mahu lesen penerbangan.
Aku mahu terbangkan sekurang2nya LSA.
Aku mahu sentuh McDonnell Douglas F-4D Phantom II sebenar.
Aku mahu jadi freelance writer.
Aku mahu jadi freelance photographer.
Aku mahu ada travelling log sendiri.
Aku mahu jejak kaki ke Robben Island, selami apa yang Nelson Mandela pernah rasa.
Aku mahu hidupkan lagenda Sherlock Holmes di Kota Stockholm.
Aku mahu jadi saksi aurora sebenar, bukan dari wallpaper National Geography
atau rancangan Pilot Guides.
Aku mahu minum air dari kaki Pergunungan Alps.
Aku mahu merenung pertembungan Lautan Atlantik dan Lautan India di Cape of Good Hope.
Aku mahu menumpang kesesakkan subway NYC.
Aku mahu jadi conservationist hidupan liar.
Aku mahu jadi ibu angkat si comel harimau putih Siberia.
Aku mahu tunai gurauan Mak, tinggal di Switzerland.
Aku mahu belajar snowboarding.
Aku mahu belajar paraglyding.
Aku mahu belajar bahasa2 utama dunia.
Aku mahu terus belajar seni warisan silat, tanpa rasa rendah diri seperti selalu.
Aku mahu jadi sukarelawan pasukan pengaman.
Aku mahu lupakan rasa cinta pada manusia.
Tapi..
Aku mahu dilamar di bawah Sakura kembang pertama di Taman Yachounomori.
Aku mahu setia pada dia.
Yang aku tak tahu siapa takdir ku itu.
Aku mahu ubati Abah.

Mungkin aku tamak. Banyak lagi yang aku mahu.
Tapi mungkin ini cara aku menghargai pemberianNya yang ada di muka bumi ni.

Aku cuma mahu hidup bahagia.

Pesan sahabat aku, "Life's short. Live it to the fullest!"
You know what, perhaps I will..
Maafkan Anis Mak... Abah...

January 24, 2010

Semalam.Hari Ini


Jam dah pukul 4 pagi. Aku still berjaga. Bukan sengaja. Tapi dalam proses menyiapkan assignment. Baru 1st week assignment dah piling up. Tapi takpe. Sambil tu aku chat ngan Ani nee-chan, sahabat nun jauh di benua sebelah barat. Seronok since band faveretnye (yang juga antara band faveret aku), L'Arc~en~Ciel bakal lawat tempat die. Jealous gak. Takpe2, nak wat camne Malaysian tak kenal Japanese bands.

Masa tertengok tv tadi kuar la muka sorang mamat. Abah pun cakap,
"Oh! De'e seng kito ketemu nang ngede mangan, kan Bar?"
~ Oh! Die yang kite jumpe kat kedai makan, kan Bar? (merujuk kpd nm mak, Bariah)
"Opo tennen wong kae? Aku rak ndeluk muko ne de'e. Wong koyo kae lagak e wae seng akeh.."
~ Betul ke die? Ku tak tengok muke die. Orang macam tu berlagak je lebih..

Rupenye mamat yang dikatakan tu member Bunkface. Sam rasenye. Aku bukan kenal dorang. Tapi Abah taw band ni. Up-to-date gak Abah ni.. Abah cite semalam masa date ngan Mak kat kedai makan (aku tak ikut..) Abah nampak Sam Bunkface kat kedai makan beli nasi bungkus.
Pffttt.. Ahahahahahahahahhhaaaaaa!!!!!!!! Cam lawak la pulak.
Adehhh..
Back to work.

January 22, 2010

Hari Cerah Aku!


Orang kate mendung tak semestinya hujan kan? Dan hujan tak semestinye lama kan? Eh, betul ke ape yang aku cakap ni?

Tak terkata rasa syukur aku hari ni pada Yang Maha kuasa bilamana dilema yang aku hadapi since start degree selesai akhirnya. Terbayar akhirnya penat lelah aku sampai lemah2 lutut kaki dan mata yang asyik basah, lagi2 Abah yang lebih perit tanggung masalah ni. Alhamdulillah sangat2! Biar cuma sekeping kertas, aku rasa gembira sangat2!

Maka sepanjang perjalanan balik ke Klang aku cume tersenyum dan ligat memikirkan apelah reaksi Abah bile die dapat tau nanti! Tak sabar aku nak tengok die senyum gembira! Tapi aku still tak bagitahu dia tentang ni. Tunggulah bile semuanya dah betul2 settle. Mungkin ia tak sebanyak mana tapi setakat nilah yang termampu aku untuk balas jerit perih Abah buat masa ni.

Lepas teringatkan Abah, lagu ni tiba2 berkumandang daripada modulator aku. Tiap kali aku dengar lagu ni aku akan reminisce sahabat2 aku, also family aku. Buat aku tersenyum tanpa henti. Dan bila ia bercampur dengan situasi gembira aku ni, aku menangis. Tapi tangisan terharu+euphoric. Bolehlah aku katakan ini nazar aku yang dah tercapai. Sampai masanya aku bayar nazar aku pada sahabat2 dan family aku nanti. Insyaallah! Despite aku yang kadang kala rasa tak bersyukur dengan apa yang Dia beri, Dia masih bantu hamba dia yang hina ni. Tak dapat aku ungkap perasaan yang aku alami sekarang ni. So lagu ni, aku dedikasikan khas buat semua yang aku sayang yang selalu doakan yang terbaik untuk aku..


Sebaik saje kereta aku lepas jalan belok2 tu, tiba2 aku dengar
KABOMMMM!!
Tahu2 depan aku berasap. Nyaris aku hilang kawalan. Nasib baik aku cume drive 40 km/h je masa tu. Rupenye tayar lori depan meletup. Depan mata aku. Macam nak gugur jantung. Ya Allah, tak sangka umur aku panjang lagi.... Demi Abah, mungkin belum sampai ajal aku.. Tapi bila aku kenang balik macam kelakar pun ade. Aku yang kelam kabut sendiri. Drivers lain kat belakang aku relax selambe dek je.

Dan pengajarannya, jangan berhenti berusaha. Dan jangan berhenti percaya bahawa Allah sentiasa ada di sisi. Insyaallah...
Dah tiba masa untuk aku...
Hmm...

January 17, 2010

Drama Minggu Ini Part 1


Asalnye nak cite kejadian masa register.
Apparently mood disturbed.
Sayakah yang rosakkan suasana... or ur just bored talking to me?
Dah lah.
Buat aku sedih je.
Sia2 aku tunggu hari ni.
Sekarang tak sama macam dulu.
Those happy days.

~Sorairo Deizu. Volume : Full blast. Satisfied.

January 15, 2010

Blurpp..blurbb


Post ini ditaip pada jam 5.25 pagi sebelum beliau yang terbabit perlu drive sendirian untuk mendaftarkan diri untuk semester baru. Hebat.

Kenduri doa selamat kat rumah atuk buat aku tak sempat packing. Salah sendiri la sebab tak prepare earlier. Bila tiba kat rumah nak dekat 12am tadi aku masih boleh melepak depan tv sebab nak tengok Pumpkin Scissors punya pasal. Lagi hebat. オァンドごちょうわかっこい!!

Dah habis tu aku pun gelabah kucing packing luggage sume. Yang tak boleh tahan tu aku masih ade daya nak main game jepun yang aku gile sangat tu! Semalam langsung tak sentuh...

Dan sekarang, masih punya masa berbelog sambil dengar JRock ditelinga. Memang nak kena aku ni. Alang2 ku redah subuh sekalilah.
Blurbb..blrubb.. krohhhh...zzzzzzzz...........

E'eh, mate aku kecik la.


January 11, 2010

Money Does It All


It's a little late but when it comes to matters like this, I'll notice it late..INTENTIONALLY.
Most of us (the Unisel's BJ campus members) knew of the increasing total of registration fees this semester. I mean, RM 830++ to RM1087.50? What the heck?! Can someone tell me the rationale of increasing the fees? And they'll charged on some vague..things like laboratory, etc. I mean, come on man. TESLites don't use lab for heaven's sake! Whenever I think of stuff like this I'll turn out raging. Greedy creatures. Owh, you're so gonna PAY for this in the after world!

Gosh.
Blurting out your anger in English is no fun.
Tak puas nak marah la.
But hey, that'll only making me age faster.
I'm 21.
Chill out.
Lalala ~ singing Teru Teru Momiji.

January 8, 2010

Not So Much 4 A Chemistry


[Breath in..Breath out]

Mak is attending her company's dinner event at the moment.
So early for this year.
Lil' bro's obviously hangin' out with his buddies.
So yeah, I'm stuck with Abah alone at McD.
Let's just say that I'm the reflection of Abah.
So it's like seeing myself in the mirror.

The point is, well- when 2 observers sit together, they won't talk much.
And they'll pretty much 'fight' for their 'notions'.
Not so much for a chemistry.

But 1 thing I noticed tonight,
spilled Coke + Cheese burger + Spicy chicken + fries = foul smell.
It smelled almost like something rotten.
Now that's a terrible chemistry.
So kids, don't consume so much of McD.
Just imagine what they'll look like inside your tummy.
...dear God.

January 7, 2010

Comel!


Hari ni somehow aku rasa
tema hidup aku adalah COMEL...

Rasa nak buat sesuatu yang comel.
Rasa nak pakai sesuatu yang comel.
Rasa nak behave dengan comel.
Rasa nak tengok benda comel.
Rasa nak dengar benda comel.
Rasa nak makan benda comel.
Rasa nak peluk benda comel.
Rasa nak sebut benda comel.
Rasa nak menari dengan comel.
Rasa nak tulis dengan comel.
Rasa nak baca benda comel.
Rasa nak senyum dengan comel.
Rasa nak ketawa dengan comel.

Ape lagi ye yang comel?
Ni sume Honey senpai punye pasal la.

January 1, 2010

To Shift, or Not To Shift

Good heavens.
I ain't Shakespears & I can never be (I mean, write) like him.

Good heavens.
I just realised that I'm turning 21 this year.
Somehow, it seems like the time flows as the speed of light.
That beautiful, cherish figure of 20 had left me behind.
Oh, it's just too early.

The question is,
am I to change myself,
or, am I to stay the way it is now.

I want to be more matured.
I want to be more lively.
I want to make up for the smiles I've lost in the past.

On the contrary,
I don't want to be someone else.
An impersonator.
I don't want to lose faith on myself.
And I don't want to lose those that I love.

So, I'm back to square one.
To shift, or not to shift?

O Allaah, I take refuge in You from miserliness and cowardice,
I take refuge in You lest I be returned to the worst of lives,
and I take refuge in You from the trials and tribulations of this life and the punishment of the grave.
Aminn..