February 28, 2010

Self-Actualisation, not on radar.


. . . .
Animal Planet Showcase. Cool. Retired school teacher befriending wild bears.
Jaws dropped. What on earth was he thinking? I wish I could do that!
Still, from all the things in the world, befriending wild bears?
Alone in the Alaskan wilderness?


That struck my head with deep thoughts.
Hmm...I guess that's his self-actualisation. Since he gain himself a life satisfaction.
Good. Now I know I've learnt something from the psychology class.

Self-actualisation. The highest level in hierarchy of needs.
When all the needs of one's life is fulfilled, he will gain his self-actualisation.
Which is doing something that basically, contenting him.
Good for old Charlie Vandergaw he has finally found it.
And I guess he manages to educate people the truth about wild bears.
Awhh...his bond with the bears melted me in the inside.


As for me, self-actualisation is still far from reach.
I don't even know where my life leads me.
23 will be the ripe age to get married.
But ughh..don't talk to me about that. Yet. Inside I'm still a kid.
I get goosebumps whenever my parents talk about the 'perfect' candidate.

Then again, time will tell.
There are far more things that I haven't discover in this world yet.
The only way to find it is to live with it. I know it will come to me soon.
All of us will. Insyaallah.


February 22, 2010

Hujung Sisa Spektrum Si Matahari


"You know what the best thing is about
the end of the day?
Tomorrow, it starts all over again.."
- Wesley Gibson, Wanted


0 bps. LED hijau terkebil2 di hujung broadband.
Lagu sunyi di hujung headphone.
Dansa tap si jari di hujung keyboard.
Mencari sepotong ayat di hujung hari.

Pergi lagi Si Matahari, seperti selalu.
Bangun di ufuk timur, undur di ufuk barat.
Yang tinggal buat manusia berkerah tenaga cuma.

-----------------------------------

Aku yang berjalan sendiri.
Tangan kiri memeluk telekung.
Selesai maghrib halaku ke kelas.
Meneguk baki ilmu tinggal 1 jam cuma.

Mata mengekor ke hujung sisa spektrum Si Matahari.
Aku toleh. Aku nampak.
Awan solo? Kasihannya engkau.
Berdiri statik tinggi tak punya teman.
Cuma mampu ketawa.

Aku pandang lagi sebelum langkah ku mati.
Kecil terselindung. Terang menyuluh.
Hah! Sinisnya engkau bintang!
Baru sudah ku katakan Si Awan yang solo.
Engkau muncul, duduk di kiri.
Tempelak kepala ku yang ligat berfikir.

Ironi.
Buat aku ketawa lagi.
Cukup2lah apa yang aku lalui hari ini.
Tak dapat aku tahan sindiran.
Sang Bintang & Si Awan.
Dua sahabat menghias langit sepi.


p/s : Saje je buat aku menganga sorang2 dalam kelas Mr. Eustace. Hoh.

February 17, 2010

ライトニング



Fuhh..
Bzzztt..ADOI! (main dengan idung)

Setelah sekian lama tak buat picture editing, akhirnya tergatal tangan jua aku hari ni.
It's been awhile juga aku tak ada photo baru, so, aku started digging inventory gambar2 lama.
So, voila! Banner & graphic baru...

Picture ni sebenarnye dicaptured masa last paper semester 2.
Semester yang agak nostalgic, yet.
Thanks buat sahabat yang ajar guna teknik ROL.
Akhirnya tercapai niat nak try teknik ni.
Walaupun rasanya tak secantik dia buat.

Dan title untuk graphic kali ni adelah ライトニング.
Ape yang aku carut dalam Japanese ni? Haha.
Takde maknanya.

February 13, 2010

As she, Lightning, strikes..


Ehem..ehem..
Testing, testing.

This post is written out of my..hidden passion. Eh. No. Just a dream. Really happy that Unisel finally have Japanese Culture Association of it's own. Hountouni arigatou Rosli Sensei! And finally I can meet people with the same passion as me, talking in Japanese, learning the Japanese culture, listening to J-Songs and stuff, AMG fans and of course, coplayers. The vice himself is a cosplayer and has a J-Rock band of his own. Pretty cool huh?

Ever since falling in love with these things, I've always wanted to try to be a cosplayer. Or a crossplayer if I were cosplaying male character. But it's kind of an expensive hobby. But to cut some cost, you might as well sew your costume. But, I'm no expert in that. But hey, girls with hijab rarely cosplay since the characters in anime, game or manga doesn't wear hijab. LOL.

However these few days, I have a strong tendency towards cosplay. Too much exposure, perhaps. And I really wanted to play as Lightning, the female hero of Final Fantasy XIII. She's so freakin' cool! So I started to search for the costumes and weapons on the net. Which..chocked me to death when I saw the price. And the weapon costs trice the costume. =_='


Being a cosplayer isn't just about showing off the costume. You have to BE the character. To talk, walk, and act like them. Now that's a pro. And I love Lightning because she's a strong, independent person. Yet, beautiful and graceful looking. And she doesn't talk much. Hehe.

Yeah, perhaps soon people are going to meet Lightning with hijab (instead of pink-blonde hair), dark eyes and all covered, I mean, courteous looking. ME! ;D Haha.

Oh. Cosplay Heroes Unmasked on Animax is starting!
Wuaaahhh!!! Kaname-san as Cloud Striffe!! Kakkoi!!!
Kyaaaaa!!!!!!!!!!>0<
[jumping]

"As far as fal'Cie are concerned, humans are tools. I'm not going to die for one of them." - Lightning


Merampok Rumah..Sendiri


Semalam sangat 'purple'. Cerialah.
Dengan bersemangat aku bangun awal pagi bersiap2 nak balik Klang.
Thanks buat Yaya & Bellot meminjamkan rumah mereka untuk aku tido
(macam pelarian Vietnam pulak).

Juga Ginger kerana membenarkan ku memicit perut beliau yang gedo'oh tu.
Kasihku padamu masih ada bakinya walaupun Law Lik Wen
(arnab Kee bukan Law 'spontang' tu) lagi comel dari kau. Ngehehee..

Dalam kete lagu 'Boku wa Ikiteiku' jadi fresh start untuk hari aku.
Dan 'D-Techno Life' untuk tenaga since aku tak sarapan pagi.
Nyanyi sampai batuk2 sakit tekak.

Sampai rumah kete ku park kat garage belakang.
Nyaris terpenyek anak kucing Pak Mus.Semua pegi kerja.
Gembira punya pasal sampai tak boleh bukak pintu rumah.
Alamak. Salah kunci. Lupa nak tukar kunci yang betul minggu lepas.

Woaaaa... Aku nak masuk rumah!!!!! Tolong!!!!
Tak nampak Mak Ibah atau Cik Ros sebab masih awal pagi.
Macam mana nak masuk ni?!!!

By hook or by crook. Terpaksa pecah masuk rumah sendiri.
Tak pandai kopak pintu. Mak kunci tingkap.
Terpaksa keluarkan 2 keping cermin.
Cuba bukak pintu dari dalam. Sukses!!

Wah...pandailah aku sekarang. Boleh amik part time pecah masuk rumah.
Tapi kalau orang tu lupa bawak kuncilah. Sonoklah keje ni.
Hohohoo...

February 9, 2010

You No Dumb2

Alkisahnya. Pagi nanti kenalah tunjukkan intro untuk thesis statement Academic Business Writing subjek. Masih terkial2 cari topik. Berkat mengisi masa di bilik termenung (perlukah aku cakap dengan detail?) buat aku berfikir pasal topic yang sesuai. Plus roomate ku yang trigger possible topic untuk essay aku bila timbul soal nak beli DSLR atau compact camera. Macam takde kene mengenekan? Tapi ade. So topic aku adelah multiple intelligences yang ade pada setiap orang.

Ape bende multiple intelligences tu? Mengikut theory pak cik Howard Gardner (budak TESL tak kenal die memang mintak kasut saiz 7 1/2 lah) setiap manusia dilahirkan dengan kebolehan yang berbeza. Ikut research die ade 8 kategori. Ape kene mengene dengan DSLR pulak? Mengikut theory dia, orang yang kebolehan die lebih kepada visual-spatial adelah mereka yang artistic, senang ingat direction jalan dan senang ingat gambarajah. Boleh katakan aku cume ade 60% je intelligence tu (dan agak buta jalan). So aku fikir balik, tak sia2 ke aku beli DSLR? Kan sesuai aku beli compact je? Ni contoh personality types & multiple intelligences test yang aku amik. The Strategist? Macam tak percaya... (Yey aku same dengan writer faveret aku CS Lewis!)

Ini mengingatkan aku yang ade orang pernah cakap dengan aku, takde manusia yang dilahirkan bodoh. Unless die ade mental disabilities. Oh ye, Dr. Mohamad yang selalu tulis artikel dalam Mingguan Wanita tu. Semua dilahirkan sebagai juara. Yelah, cuba fikir masa kita dalam bentuk sperm & ovum. Berjuta2 sperm yang struggle nak bersatu dengan ovum tapi satu je yang survive. Itulah aku. Itulah korang. Dan bukan sperm lain. So kite semua ni jaguh tau tak!Jadi janganlah nak down sangat fikir yang korang tu useless. It's just that korang tak discover je lagi abilities korang kat mana. Dulu aku pun agak down bile fikir kenapa aku lambat sangat tang Math. Rupenye aku bijak kat lain... Hohohoo...

Berminat nak tau multiple intelligences korang? [MyPersonality.info] Website ni antara yang detail dan free yang korang boleh try. Kat situ diorang akan assess kite tentang ape yang kita perlu tahu sampailah kerjaya yang sesuai untuk kita & so on. Sebab kalau nak diikutkan ade sesetengah company yang suruh workers die amik test ni to determine whether they fit for the job or not. Tapi jawablah test ni dengan jujur. Kalau tak no uselah. Bila aku fikir balik pasal ni, aku fikir betapa hebatnya ciptaan Allah. Susahlah aku nak describe perasaan tu. Aku pun bukanlah expertise cakap pasal kekuasaan Dia. Tapi kalau dari segi sains dan logik tu bolehlah aku relate sikit2.

If korang tanya adekah benda ni boleh berubah? Aku rasa boleh. Sebab as long as we live, our perspective can change. Background knowledge bertambah. Dan every single day kite akan belajar benda baru. Sebab aku pernah amik test ni dalam website lain dan resultnye aku ISTJ bukan INTJ macam kat atas. So it depends on how you view the world. Oh. Aku kene kembali dengan essay aku yang masih kantoi. Type lagi panjang2. Patutlah ability aku kat verbal-lingusitics! Kebolehan type berjela2. Kehkehkeh... Do care to share your results yah? ;)

p/s : Suke dialogue patung Easter Island dalam Night at the Museum,
"U no dumb2, u give me gum2."
"My dumb2 want to speak." XD

February 5, 2010

Panggil aku..Jiwa Kelajuan.


Seminggu. Kaoru berjauhan dengan aku. Memang patah kaki la takde transport.
Mak pinjam beliau since kereta Mak masuk bengkel kena cat.

Puas. Hari ni dapat rehat secukupnya. Kalau 7 minggu lagi aku cam
semalam memang boleh masuk wad kot. Ahahaa..

Kerenah 'birokrasi' buat kami satu kelas macam nak revolt. 80 orang nak puaskan hati sorang je. Yang juga tak pernah nak ambil kesah akan kami. Lecturer psychology aku kate, "It won't work if u do a job because it's a job. But do it for the passion." Lebih kurang gitulah. Dah. Tak boleh cakap banyak. Kang masuk berita utama Unisel lagi.

So semalam lepas kelas psychology pukul 12 lebih cam tu, kami, board of Dr. Jekyll & Mr.Hyde's theatre dikerahkan untuk tengok stage kat Politeknik Sabak Bernam. Nape diorang nak buat kat Sabak Bernam pun aku tak tahu. Tanpa sebarang early notice. Memang rushing yang amatlah. Tapi demi pointer & form 3 students kami gagahkan jugaklah. Dengan kuasa enjin kete Kee ngan Sanah kami pun bertolak...

Jauh tu tak payah nak cakaplah. Dan di sini aku nak nyatakan. Bersyukurlah korang jadi student Unisel. You know why? Politeknik Sabak Bernam lagi terpencil dari Unisel. Pekan jauh yang amat dari campus. Memang mati kutu la study kat situ. Tapi prasarana diorang memang tip top. Plasma screen tv melekat sebijik kat ruang pelawat dekat kawasan terbuka. Kalau kat Unisel rasenye dah lame kene jual.. And so, kami pun bermesyuaratlah dengan director Politeknik. Director Politeknik die ok? Last time jumpa ketua JKK je. Saspen jugaklah. Alhamdulillah it all goes well despite dah lewat sangat.

Hall diorang boleh tahanlah despite ade sikit kurang. But still, grand lagi Main Hall Unisel lah. Sebagai leader Logistics+Technical department (juga props tapi itu expertise & department asal Ili sebelum Zabedah messed everything up), jadi keje akulah tanye pasal equipments, control room and so on. Yang paling best dapat panjat naik tempat lighting! Dengan wedgesnye.. Nasib baik aku pakai office wear masa tu. Taw2 dah dekat pukul 7.

Duduk dalam kete Kee memang nak tertanggallah tudung aku since kene bukak tingkap. Tapi best sebab aku dapat discover pasal dua classmates aku (Kee ngan Law) yang completely berbeza dalam & luar kelas. Dalam kelas Kee senyap yang amat tapi kat luar boleh kate bising jugaklah. Tapi terbalik pulak kes dengan si Law ni. Tambah dengan Anas dengan Syu, boleh kate meriahlah dalam kete tu. So akhirnya kami stop kat kedai milik ayah Syu kat Sungai Besar makan ciken chop. Sedap!!! Thanks alot Syu! Siap dapat diskaun lagi! :D

It really was a long ride. Before bertolak balik Unisel aku sempat borak sikit ngan Kee. Siap offer aku drive kete die lagi. Aku bab drive kete orang ni aku seram sikit. Pape jadi kang tak pasal2 kene bayar. Tapi fikir balik kesian pulak kat Kee. Seharian pegi balik die drive. Pastu kene drive balik Rawang lagi. Yang lain sume reti bawak auto je. So takpelah. Bile lagi nak rase bawak kete Kee? Hehehee... Taw brape laju aku bawak kete beliau? Aku pun tak tahu since meter die rosak. Hohohoo...

Tapi yang pasti meter ram(?) beliau mencecah 4. Kot. Anas cakap. Agak nak terbang jugaklah kete tu. Law, Syu ngan Kee kat belakang dah takut. Tapi sebenanye aku lagi takut! Aku pun tak tahu macam mana aku boleh bawak laju gile macam tu! Sebab baru bawak 80km/h pun Mak akan bising! Maka keluarlah macam2 falsafah Anas pasal bawak kete laju. Tapi bukannye oppose aku bawak laju, lagi encourage adelah! Tapi serious best gile! Rasa macam terbanglah.. Alamatlah title pemandu berhemah yang sering A'a ngan Ili label aku kene tarik. Memang group kete Sanah terkejut gilelah aku bawak macam pelesit. Dapat pulak title Jiwa Kelajuan dari Anas...

Tapi hari tu belum berakhir lagi. Sampai dari Unisel (pukul 10 camtu) kene attend meeting theater pulak. Nasib baik penat aku time nak dekat show dengan time show tu je nanti. Rasenye Anas lagi penat. Bukan senang jadi Director ni. Combine 2 kelas pulak tu. Balik dari meeting pun kene rush since A'a nak tido rumah kawan kat BB adehal. Aku takde kete kene la tumpang die. Sampai depan hostel je, satu kete hitam yang amat familiar parking kat depan. Apesal cam kenal je Matrix ni? Ya Allah, Abah ngan Mak rupenye! Bile pulak aku mintak diorang datang amik aku? So kesudahannya aku balik Klang tanpa A'a.. Sampai rumah pun dah pukul 12. Memang padam habis sampai pagilah..

Kesimpulannye, jangan bawak kete laju2. Haha. Lagi2 kalau drive kete orang. Aku ni agaknye sedikit culture shock kot since tak pernah bawak kete melebihi 110km/h. Haha. Thnx 4 letting me drive your car Kee! Besok2 gi Sabak Bernam lagi kasi I bawak ek? Hohohoo.. Agak lari topic sebenanye cite aku ni. Ili jangan mare Kee kasi aku bawak kete die... Heheheee....

February 2, 2010

Sleepless Night : Thesis


Masih. Clueless.
Jam dah pukul 1.43 am.
Masih tak come up dengan topic untuk thesis statement.
Dan sangat keletihan akibat balik dari kelas malam dan baru makan selepas satu hari tak sempat makan. Atau dengan kata lain sebenarnya lupa nak makan. Amatlah menyedihkan.

Aku terasa kalau masa ni terlampau cepat berlalu. Taw2 dah nak kena propose thesis. Sangatlah adoi. Later, buat Masters pulak. Cepatnya... Dan dua tiga hari ni tendency untuk buat Masters in Linguistics sangat kuat melebihi Journalism. Aku takut uban aku lagi banyak kalau buat Linguistics.

Berbalik kepada thesis statement untuk kelas Ms. Yati pagi ni, aku adelah satu idea. Sedang melipat kain tadi tiba2 aku terfikir. Dalam anthropological linguistics ade sociolinguistics. Dalam sociolinguistics pulak ade topic pasal Language Loss (betul ke penggunaan 'loss' ni?) atau dalam bahasa Melayunya bahasa yang dalam ambang kepupusan. Atau dalam kata lain hampir hilang la.

Agak2 dia terima ke kalau aku buat research pasal Language Loss : Javanese in Malaysian? Aku serious. Bukan main2. Aku rasa penggunaan bahasa jawa dalam keturunan Jawa kat Malaysia ni makin berkurangan. Yang batch aku semua tak boleh cakap Jawa dengan fluent. Paling parah yang dah hilang identiti Jawa la. Atuk aku pulak boleh dikatakan last elders yang tahu tulis tulisan Jawa kuno (yang sekarang kat Indonesia pun dah pupus setahu aku). Unfortunately none of his children dan cucu dia yang sempat belajar tulisan tu dari dia. Atuk pun dah uzur sangat2. So, itu pun salah satu faktor yang menyumbang pada hilangnya sebuah bahasa.

Kenapa aku minat sangat topic ni? Sebab aku dilahirkan dalam komuniti yang boleh la aku gelarkan multiracial. Mak aku Jawa, Abah aku Bugis pure. Adelah sikit2 lineage sultan dulu2 :p. Tapi sayang aku cuma dapat belajar bahasa Jawa sebab family Abah semua dah hilang kebolehan bahasa Bugis. Itu aku tak sure macam mana since arwah nenek aku je yang tahu kisah dulu2. So, family Abah cuma boleh cakap Jawa since diorang tinggal dalam perkampungan orang Jawa. Tapi yang menarik (bagi aku la) bahasa Jawa yang Mak aku guna berbeza dengan bahasa Jawa yang Abah guna. Mungkin tak completely berbeza tapi ade certain words yang distinctive jugaklah. Bila cakap dengan relatives atau jiran2 kat kampung, Mak selalu utter word 'inyong' atau saya. Tapi Mak tak pernah sebut perkataan tu bila chat dengan Abah. So, bila dengar perkataan tu mula2 dulu aku agak terkulat2 akibat tak paham. Dan kalau nak diikutkan bahasa Jawa yang Malaysian pakai sangat2 berbeza dengan bahasa Jawa yang betul2 pure. Kenapa agaknya? Tu lagi satu persoalan menarik yang boleh aku kaji.

So yeah, aku sangat bangga & bersyukur dilahirkan dalam family ni! Best woh. Mungkin orang lain kate lagi cool kalau family anda sorang cakap Kelantan, sorang cakap Penang. But those are dialects. Bukan bahasa. INI BUKAN STEREOTYPING OK. Aku tak kata dialek tu tak cool tapi keluarga dengan different languages is unique. Untung anak dioranglah dapat belajar banyak bahasa. Aku suka tu. Mungkin esok aku akan campak anak aku belajar bahasa Russia despite parents diorang belum tentu ade yang dari Russia. Haha.

Impian aku, nak belajar bahasa Latin yang banyak guna dalam teks kuno tu. Hoho. Dalam Final Fantasy 8, diorang ade guna quite a few Latin words. Yang menyumbang lagi minat aku pada bahasa ni. Dan aku sangat suke lagu Nobuo Uematsu untuk game tu, Fithos Lusec Wecos Vinosec atau tajuk commercialnye Liberi Fatali. Lupe la maksud dia. Tapi lirik dia sangat strong in terms of underlying meaning dan.. bahasa yang diorang guna la. Game je kot tapi diorang buat dengan serious. Tu pasal aku adore sangat2 Final Fantasy series ni.

Juga lagu Sairin Kata Tsubasa no Tenshi: One Winged Angel versi filem dengan sedikit rock element (theme song Sephiroth untuk Final Fantasy Advent Children). Tajuk je Jepun tapi lyric die Latin. Masa tu scene Sephiroth yang cuma ade sebelah kepak hitam dengan pedang die yang panjang dua kali ganda dari dia lawan Cloud dengan pedang yang..tengok sendiri la. Filem tu bagi aku filem paling awesome aku pernah tengok. Lagi best dari Resident Evil punye movie (aku lupe tajuk die) despite dua2 guna CGI. Atau cite Avartar. Tak tahu nape Nobuo-san tu suke sangat Latin. Tapi beliau la composer paling cool in gaming field!
Dah aku melalut pulak nak pukul 3 pagi ni.

Still, boleh pakai ke topic aku tadi ek?

Veni, veni, venias
ne me mori facias
Gloriousa generosa
Sephiroth!