Kebenarannya, aku dapat agak apa yang sedang bergolak dalam badan aku yang buatkan aku sangat2 tak memberi respon atau tak ambil kisah dengan apa yang berlaku disekeliling aku. Kadang kala rasa mahu cakar semua orang. Perubahan hormon. Faham2 sudah. Sejak bila aku mula berperangai macam ni pun aku tak pasti. Kebiasaannya walaupun kitaran itu berlaku tahap emosi aku akan sentiasa normal tapi nampaknya dah mula 'berevolusi'.
Malam semalam buat perspektif aku lebih meluas. Anjakan paradigma kata pengetua sekolah aku dulu. Hatiku di Harajuku oleh Ramlee Awang Murshid. Dah lama tajuk tu bermain dalam minda aku. Tapi tak terlintas langsung nak mencarinya hinggalah semalam. Ambil masa cuma 1 hari untuk aku habiskannya. ;)
Ojousama!
Semua menunduk menghormati ku tatkala ku melintasi mereka. Lelaki dan perempuan. Kesemuanya pemain pedang terhebat dalam kumpulan ku. Amikie. Mereka, bersut serba hitam berjaket kulit labuh mencecah lutut. Kemas tersisip pedang di kiri mereka. Dan aku. Oyabun wanita pertama. Morinozuka Mineko, 20 tahun. Lengkap serba putih dengan jaket berkolar tinggi, pedang di kiri dan kanan tangan ku. Yakuza paling digeruni di Tokyo, meskipun aku cuma seorang perempuan.
Tiada kaitan langsung. Tapi aku sangat2 suka filem ni.
Allahhuakbar.
Loceng jam 6 pagi berbunyi. Terkejut bukan kepalang. Hmm... Mimpi rupanya. Asyik sangat membaca novel malam tadi sampai terbawa2 dalam mimpi. Tapi, menarik. Terasa macam kejadian sebenar. Terus aku bergerak solat Subuh.
Malam ni, aku cuma boleh ketawa dengan apa yang berlaku malam tadi. XP
No comments:
Post a Comment