October 29, 2009

Tentang Awan


"Hoi! Mikir, mikir je memanjang!"
Tiap kali aku tatap langit tinggi itulah yang A'a akan cakap.
Aku tak nafikan. Ada betulnya.

Lesson plan. Micro-teaching. Argumentative speech. Debate.
Semuanya buat aku kering. Buat aku nampak lebih serius.
Buat aku nampak cepat tua!

Aku dongakkan kepala menjengah ke langit.
Selalu tenggelam dalam lautan awan putih.
Satu kejadian Tuhan yang tiap kali terjadi punya cerita yang berbeza.

Bila hujan lebat, orang akan kata,
"Awan ni menyusahkanlah."
Bila hari panas, orang akan kata,
"Panasnya. Tak ada awan ke?"
Tapi jarang2 kita dengar bila cuaca redup, orang akan kata,
"Syukur ada awan ni."
Tapi selalunya akan kedengaran macam ni,
"Kalau hari2 macam ni kan best!"


Dan bila hari gelap, orang akan mula lupakan awan.
Terselindung di sebalik gelap malam.
"Ala, tak nampak bulan. Awan tutup."
"Mana bintang ni? Kacaulah awan ni..."
Sekali lagi kita dengar sesuatu seperti ini.
Tulah fitrah manusia. Kita takkan pernah rasa cukup.
Aku tak nafikan kadang kala aku pun macam tu.

Tapi awan selalu buat aku berfikir.
Buat aku rasa tenang.
Buat aku rasa gembira.
Buat aku tersenyum.
Bagi aku awan seperti buku cerita.
Kadangkala cerita gembira.
Kadangkala cerita sedih.
Boleh jadi cerita lucu!
Tiap kali bergerak disapa bayu,
iakan jadi cerita baru.

Seperti juga matahari, bulan dan bintang,
awan akan tetap menghias langit tinggi.
Tak hirau apa kata orang.
Tetap laksanakan perintah Tuhan.
Kan bagus jika aku juga begitu?

A'a kate nampak artificial. Aku kate sukati la! XP Nampak Abah tengah drive! XD

October 24, 2009

Adios

Yeah, u served me well.
I guess it's time for us to part.
And I'm so sad I had to do that.

Sayonara sliper putih ku!
Ko dah menganga macam mulut buaya.
Kalau pijak pedal clutch memang bahaya.

Ye, esok ke pasar Jalan Kebun aku menyerang.
Sliper baru menjadi galang.

Tapi nampaknye aku ke sana berkaki ayam?
=_='

October 22, 2009

Amikie!


Woke up on the wrong side of the bed.

Kebenarannya, aku dapat agak apa yang sedang bergolak dalam badan aku yang buatkan aku sangat2 tak memberi respon atau tak ambil kisah dengan apa yang berlaku disekeliling aku. Kadang kala rasa mahu cakar semua orang. Perubahan hormon. Faham2 sudah. Sejak bila aku mula berperangai macam ni pun aku tak pasti. Kebiasaannya walaupun kitaran itu berlaku tahap emosi aku akan sentiasa normal tapi nampaknya dah mula 'berevolusi'.

Malam semalam buat perspektif aku lebih meluas. Anjakan paradigma kata pengetua sekolah aku dulu. Hatiku di Harajuku oleh Ramlee Awang Murshid. Dah lama tajuk tu bermain dalam minda aku. Tapi tak terlintas langsung nak mencarinya hinggalah semalam. Ambil masa cuma 1 hari untuk aku habiskannya. ;)

Ojousama!
Semua menunduk menghormati ku tatkala ku melintasi mereka. Lelaki dan perempuan. Kesemuanya pemain pedang terhebat dalam kumpulan ku. Amikie. Mereka, bersut serba hitam berjaket kulit labuh mencecah lutut. Kemas tersisip pedang di kiri mereka. Dan aku. Oyabun wanita pertama. Morinozuka Mineko, 20 tahun. Lengkap serba putih dengan jaket berkolar tinggi, pedang di kiri dan kanan tangan ku. Yakuza paling digeruni di Tokyo, meskipun aku cuma seorang perempuan.

Tiada kaitan langsung. Tapi aku sangat2 suka filem ni.

Allahhuakbar.
Loceng jam 6 pagi berbunyi. Terkejut bukan kepalang. Hmm... Mimpi rupanya. Asyik sangat membaca novel malam tadi sampai terbawa2 dalam mimpi. Tapi, menarik. Terasa macam kejadian sebenar. Terus aku bergerak solat Subuh.

Malam ni, aku cuma boleh ketawa dengan apa yang berlaku malam tadi. XP

October 20, 2009

Fresh Air

Selama 5 hari balik Klang aku tak keluar rumah langsung. Terkedap dalam bilik atas lantai. Terjelepuk atas sofa depan TV. Tak pun benda lain. Baru semalam rasa angin Raub bilamana Abah tiba2 datang geliga peliknya pukul 4 petang. Langkah kanan betul bila Wak Idah hidangkan kami LIDAH MASAK KARI. Ughh... Tapi sedap la pulak. Tambah pulak durian berulas2. Sampai rumah pukul 12 semua mabuk dan memulas.

Akhirnya hari ni dapatlah aku melayan jiwa remaja aku.
Cerita Papadom aku dan Hawa tonton.
Boleh tahan kelakarlah...

Selesai semua, ke kedai buku kami menuju.
Alang2 mencari hadiah hari lahir sahabat kesayanganku.
[HAPPY BIRTHDAY A'A DEAR!]
Sedang aku belek buku terbaru Dan Brown, The Lost Symbol,
datang geliga pelikku pulak.

"Weh Hawa, ko dok situ kejap jadi model aku."
"Ape ko Kye, tak nak aku!"
"Duduk je la..."
Dekat rak buku Hawa menyangkung.
Klik!
Dapat pun tangkap. Tapi macam kuranglah pulak...
"Meh la sini aku tangkap tuk ko... Ko nak macam mana?"
"Hmm..ntah. Aku cume takut ape yang dalam kpale otak aku
tak sama dengan ape yang ko buat nanti."
"Habis tu macam mana?"
Maka bermacam2 caralah kami bereksperimen.
Sampaikan berkelah atas lantai.
Tiba2,
"Aaa...miss. Di sini ta bole tangkap gambar." Seorang apek tegur aku dari belakang dengan loghat Cinanya.
"Oh. Ok2." Cepat2 aku dan Hawa buat hal lain.
Tak sempat aku nak bergambar!
Kacau betul dia ni. Kedekut! Tapi malu pun ada. Juga kelakar!
Memandu balik rumah pun teringat2 sampaikan salah masuk simpang.
Ehehe...
Tapi yang penting dapat jugalah aku merasa angin luar.
Sekurang2nya otak ni meneguklah udara yang berlainan sikit.
Tapi rasa macam nak belilah novel Dan Brown tu.
Hmm....


October 18, 2009

Tunnel Vision

Oozy.
Screw my head to spin in this very room.
That news stark me to death.
Mute for awhile.
Then I failed myself of being...me.

To Him I laid my lamenting.
From Him I got my feet back on the ground.
Screw those bad feelings!

No, I'm not gonna be that weak.
I'm a fighter for life!
Though those tunnel visions hunt for me.
Then avalanches they will be.

Sleep, dear me.
Sleep.

Zzzzzzz....(sfx)

October 16, 2009

Thank You!


This week is yet to come to an end.
But I can conclude that these few days I have experienced quite joyful days. They might seemed usual or dull, to some people, but hey. This is my blog. I can write whatever I like.

But here I would like to express my gratitude towards these people.
.:. The one to make me smile on a rainy night.
.:. The one to treat me & my roommie PEACH lolipop & sparkling
(is it a sparkling?)
.:. The one to be my driver... I mean, my co-pilot~
.:. The ones to make me laugh hard in the discussion room.
.:. My dearest Mak who managed to contact me despite her hectic job.
.:. The one to give my graphics good critiques.
.:. And all the people who have stayed beside me despite me being
obnoxious sometimes. =_="

You know who you are.
I can't offer you money but I can offer you my lifetime friendship, love and prayer.

Again,
THANK YOU. (bow)

October 14, 2009

Rindu Kamu



Rindu dia.
Dah berapa lama tak ketemu.
Terbawa-bawa dalam mimpi.
Kesibukan memisahkan aku dari kamu.
Juga internet connection.



Ingatkah dikau sewaktu kita dikejar Brave Garm yang terlebih zat itu?
Merata ku mencicit lari.
Tapi bila ku k.o kau yang menghidupkan ku kembali.
Payah punya Demon Buster yang lembik seperti ku kan?




Oh Cerberus ku!!!!!
Walau ku tahu aku akan kehilanganmu di Act 3 nanti,
Masih aku sayang akan kamu!
Jumpa lagi di Level 20!

October 12, 2009

Silver Hair

Critical thinker.

"For god sake why do you have to think of it that deep? Critical thinker!"
That's what my roomate likes to call me.
Somehow it sounded sinical. God how I wish I can get rid of that!
I'm the kind that thinking of the outcomes, not the present.
So, yeah I guess.
When did I started to think too critically?
I dont want to age too soon!

Then a few silver hair started to take place on my head.
Argghhh!
Is this a sign that I'm dying soon?
Gulp.
God knows.
Am I dying?
Am I dying?
I'm not even married yet!!!

October 6, 2009

Aku Yang Slightly Malu

Adeh.
Aku baru prasan.
Padahal benda tu super obvious.
Alahai Anis...

Venue : Music Room B
Class : Sociolinguistic

What actually happened?
Mr. Choo dengan suara lantang ala2 Mr. Salesman die cam biase spoonfed kitorang.
Today's topic was code-switching. Maka sampailah ke point proverbs as code-switching.
Dengan tekun lagi istiqamah aku pon salin la ape yang diproject ke dinding putih.
Suddenly, bile sampai ke point berkenaan..

- Exact words are important
- Function : a) to emphasise the precise..

Eh, eh. Pesal aku rasa lain macam?
Empangan.

PEACH.emphasize.

Emphasise is spelled as e-m-p-h-a-s-i-S-e.
Not e-m-p-h-a-s-i-Z-e. That's American English sleepyhead!
Adoii...

Nice one.
Aku terlepas pandang.
Accepted English in Malaysian universities is British English.
So much for a TESL student.
Shame on you hon.
Shame on you...T_T

Immortalise the rise.

October 3, 2009

Patut Ke Tak?

New post.
Aku tekan tab tu. When was the last time I posted something in my blog? Aku garu kepala yang tak lah segatal mana ni. Maybe it'll sparkle some ideas.

Ramadhan dan Syawal ni banyak memberi aku kejutan. Adik kesayangan yang selama ni sayang sangat kredit dia nak mesej aku tiba2 balas balik. I cried on the spot. Terharu sampai nak pingsan. Kawan2 yang dah lama tak jumpa berkumpul balik. Sampai sekarang aku boleh dengar lagi hilai tawa gurau senda diorang. Tapi nampaknya pertemuan aku dengan yang seorang lagi ni macam tak nampak akan keperluannya.

Di saat aku tengah menaip di blog ni aku sedang bertegang urat dengan kawan lama satu kelas dulu di tab lain. Cukup berubah. Ingatkan dia terimalah nasihat aku dulu masa dia cakap keturunan aku keturunan monyet. Tapi nampaknya dia ulang lagi. Dan kali ni lebih menyakitkan hati. Dan dia seorang lelaki. Tapi mulut macam perempuan. And that is never a good role model for a future leader. Apa guna 9 akal yang tuhan bagi kat dia tu?

I'm a very sensitive person. But I can still cope with whatever a friend accuse me of. Tapi kalau dah macam ni aku sedihlah. Nak gurau, guraulah. Jangan sampai soal keturunan semua timbul. I know I'm not a good person but this is too much. Patut ke aku contact lagi dengan dia ni? What should I do? Ya Allah TOLONGLAH...