Aku penat hari ni. Berdiri bagai tiang bendera di PKP memerhati (tunggu sahabat membeli makanan tengah harinye). Tapi bukan itu isunye. Entah kenapa ku rasa ramai sangat yang membanjirinya hari ni. Ternyata aku mmg tak tahan tempat macam ni, lagi2 dengan H1n1. Komitmen masih banyak untuk aku pergi sebegini awal. Mak abah dn adik masih perlukan aku. Namun urusan yang akan aku tempuhi sekejap lagi membuat selera makan ku pergi.
Penat.
Oleh kerana alasan yang aku x boleh terangkan (yang taw tu senyap2 sudah), aku terpaksa berkejar ke bank yang akan tutup dalam masa 1 jam. Buat Kaoru ku sayang (kereta aku), aku mohon maaf sangat2 kerana memandu 100 km sejam (kalau boleh nak 140 km sejam) walaupun aku tahu jalan banyak lubang dn bonggol. Balik rumah nanti kite gi service ye?
Penat.
Meter minyak jelas menunjukkan yang RM 30 aku bakal terbang. Untuk mu ku korban apa saja. Tiba-tiba, satu lagi cabaran datang menyapa aku di stesen minyak. Ku cuba lari tapi dia lebih pantas. Berbelah bagi. Yang hitam berkata "Tak payah. Ntah2 menipu je tu. Buat benda lain lagi baik!" Tapi yang putih memujuk, "Hei, Allah dah beri kau masa buat urusan kau. Takkan hal sekecil ni pun kau x boleh nak korban untukNya? Pentingkan diri sendiri. Kaukah tu?!" Tersentap. Tapi aku tersenyum. Di hari muka tiada siapa dapat menduga. Rayu putih ku turuti. Diluar, pandangannya buat ku sayu. Bergegas ku pulang. Di jalanan, air mataku hampir menitis. Aku mmg lemah. Si hitam masih cuba menghasut ku. Namun, tekad ku bentengkan.
Penat.
Usaha yang ku lakukan tinggal lalang. Sia-sia. Tibanya di rumah, kabaran yang ku terima di hujung talian tidaklah menyenangkan. Salahku juga. Aku redha. Bukan rezeki ku sekarang. Kenyataannya hampir membuat ku menitiskan air mata. Sekali lagi. Maafkan aku. Ku gagahkan badanku yang hampir tumbang. Pandanganku seperti berpusing. Aku terkenangkan seorang sahabatku tiba-tiba. Jika apa yang aku tanggung sekarang mengurangkan kesakitannya, aku rela. Bahkan semuanya. Aku tahu waktu ini amat penting buatnya berbanding aku.
Penat.
Panggilan dari rumah masih ku nanti walau aku tahu ia xkan tiba buat hari ini. Juga dia. Doa dan air mata ku hanya untuk mereka. Hmm... malam ini aku sendirian (sahabat di sebelah ku berlayar sudah). Aku redha. Semuanya berlegar dalam minda ku. Interpretasi berkecamuk. Hari ini bukan hari aku. Penat.
> Kenapa ayat aku tetiba agak dramatik? Ntah. Sakit x sedar diri. Tido la!
3 comments:
ape yg terjadi??
dan service kete?? :D
otromen dilanggar todak.
ahaha!
service tu benanye dh plan dr seblom msk unisel tapi akibat sebab yg x dpt dielakkan, x sempat nk wt smpi skang..
mcm mane maw follow blog kau ni?
Post a Comment