September 30, 2010

Sepam


What a bummer.
Stupid spam you agonized me.
Now you've turned my remaining days from "Say It Again" to "Rush".
Nak lari pegi Wales dengan Ili lah.

Tetiba rasa macam exaggerating pulak. Lantak kaulah.
Kuul people never exaggerate.

Mungkin juga perlu kurangkan lagi berfesbuk.
Mugkin perlu fokus dengan Wales.
Jangan asek tido dalam kelas beliau.
Baiklah.



September 20, 2010

Pre-Raya


Hai. Aku stress.
Stress sangat2. Memang hobby kau buat aku stress kan?
Hoh.
- - -
Bila nak dekat raya mesti kena kemas rumahkan?
Nilah yang aku jumpa.

Model kereta kayu Abah. Ada banyak lagi.
Jangan bagitahu Abah aku terpatahkan layar kapal kayu beliau.

B-747 kesayangan Abah. Kata beliau banyak kenangan.

A-320 Air Asia MU. Aku suka kapal dia, tak suka company dia.
* sedang mencari JAL Hello Kitty special edition, sila bagitahu kalau jumpa.


Bila malam, sah2 la kena prepare makanan.
Part ni paling aku tunggu2 setiap tahun.
Sebab aku handal. *hidung kembang


Mak kata, "Bukan anak jawa namanya
kalau tak reti buat ketupat.."

Tangan sipoo terhebat, juara anyam
ketupat 8 tahun berturut2 Delloyds Berhad.

Tadaa.. Hensem kan ketupat aku?
*kembang lagi


Sekian sesi merelease tension aku.
Nak upload banyak2 malas.
Nanti nak buat while ngan post stage plak. Hehe.



August 28, 2010

Pesan Mak


Teringat aku kata2 sorang bijak pandai,
"Berbahagialah mereka yang dijemput menghadap Allah di bulan Ramadhan.."
lebih kurang macam tulah. Siapa yang tak nak? Besar ganjaran buat dia.

Petang tadi Mak balik dengan muka hambar sangat. Balik dari hospital. Saudara sebelah arwah nenek yang rapat dengan Mak dah tak ada. Mak rasa terkilan yang amat sangat.

Selesai buka puasa, Mak panggil aku dan Ijat duduk sekejap dekat dining table. Kami pun dengarlah apa Mak nak cakap. Mak cerita, waktu di hospital Mak sampai betul2 in a nick of time. Bila Mak jumpa arwah Mak usap2 kaki, tangan dia, katakan yang dia dah datang nak menjenguk. Elok Mak cakap tu terus mesin pernafasan tu bunyi panjang... Nurse sahkan arwah dah pergi. Anak2 arwah bagitahu Mak memang arwah tunggu anak saudara dia yang seorang ni..

Mak rasa kesal sangat. Arwah memang nak jumpa Mak dari minggu lepas, waktu tu arwah sihat walafiat lagi. Jadi Mak fikir kalau mungkin Sabtu depan [hari ni] bolehlah datang jenguk dia. Aku faham Mak sibuk sangat dengan kerja, dengan Abah tak sihatnya. Tapi siapa sangka hari nilah hari terakhir Mak jumpa dia. Tak sempat nak berborak dengan arwah. Aku tahu Mak kecewa sangat.

Jadi pada kami Mak pesan, Abah tu dah tak sihat sangat. Jagalah perasaan dia, apa yang dia nak. Kalau dia marah2 tu biasalah orang tak sihat. Kita sendiri kalau tak sihat pun macam2 kerenahnya. Despite semua tu Abah sayang anak2 dia. Tak pernah sekali tangan dia hinggap kat badan atau muka. Bila berkemampuan lebih Abah bawak satu family pergi melancong jauh2. Bila dia tak sihat tu ambil beratlah pasal dia. Mak tak nak anak2 Mak terkilan macam mana Mak rasa hari ni..

Aku tahu perasaan tu bila aku tak sempat mintak maaf dengan arwah Atuk. Tapi kalau dengan Abah, aku tak tahulah macam mana aku nak menghadap perasaan tu sepanjang hidup aku. Aku akan rindu gelak tawa Abah bila dia bercerita zaman muda dia, cerita2 pasal World War II, kapal terbang, nasihat2 dia. Aku takkan dapat dengar tu semua lagi. Aku tak nak semua tu. Tapi kadang2 aku sendiri lupa. For God sake I curse myself for that. Permudahkanlah semuanya ya Allah..Amin.


August 20, 2010

If



It's been a day since I thought about it.
Merely in a verge, I held myself together.
But it's clear that I'm starting to crumble down.


If you were given a chance, what will you choose?

To continue on keeping the one that you love very dearly
so that he will see you grow up gracefully,
have your own family and give him lotsa grandchildren.
But he has to continue on suffering from his pain.

Or to ask God to take him away so that his suffering will end,
and that He will care for him on behalf of us, which he deserves so.
But he won't be there the day you get married, the day you have your first child.
Or even earlier, the day you graduated from college.
What will you choose?

Will you have the strength to choose?
Will you have the strength to bear the consequences?
Will you be able to hold your tears from bursting out?

Will you regret the old days when you put him to sadness and agony?

"I have seen the kids grew up becoming nice people, and I know my time is near,
so I'm at ease if He's going to take me away. I accept it.."