Testing & Evaluation paper buat aku tidur less than 3 hours.
Dengan additional assignment kena hantar waktu tu jugak.
Redha la.
Aku pun balas dendam bantai tidur lepas lunch.
Aku naik la tangga ke hall depan rumah. Yang pelik ruang tamu tu tak bercat,tingkap semua tertutup kecuali pintu utama. Kat situ aku nampak Atuk, duduk dikerusi malas dengan ketayap putih, t-shirt pagoda putih dengan kain pelekat warna hijau kegemaran dia. Bila Atuk nampak aku dia terus senyum lebar. Aku tak ingat apa Atuk cakap dalam bahasa Jawa tapi bunyinya macam terima kasih sebab jenguk dia sambil tersenyum. Dalam hati aku terdetik, dah lama aku tak nampak Atuk senyum sampai macam tu.
Aku tanya Atuk,
"Atuk arek opo2?" Atuk nak ape2 tak?
"Iki.. Wedang e diisi.." Ini.. tolong isikan air.
Atuk jawab dengan senyum lagi sambil tangan dia tunjuk botol air kosong sebelah kerusi dia.
Memang kebiasaan kalau Atuk minta sebotol air sebab kaki dia dah tak larat nak ulang alik ke dapur. Rumah kampung biasalah kena turun naik tangga. Aku pun ambillah botol kosong tu. Happy sangat sebab tengok Atuk macam tu.
Aku tuanglah air dari cerek masuk dalam botol. Mak cik aku yang tinggal dekat rumah tu masuk dapur dan sapa aku.
"Cah, jangan ke ruang tamu sangat. Sejak Atuk dah tak ada ni kitorang jarang duduk kat situ jadi dah lama tak kemas.."
Tersentap aku dengar bila mak cik aku cakap 'sejak Atuk dah tak ada'. Tangan aku masih pegang botol yang Atuk pesan suruh isi air. Menangis juga aku kat situ.
Terbangun aku dari tidur. Sedar2 pipi aku basah. Aku rasa sedih yang teramat. Sampaikan aku menangis teresak2 atas katil. Aku kecewa sangat. Masa Atuk meninggal, aku tak ada dengan dia. Aku cuma dapat berita dari Mak sehari selepas Atuk dikebumikan sebab waktu tu aku masih dalam final exam. Mak cakap tak nak ganggu aku. Aku tak sempat minta maaf dengan Atuk. Aku tak sempat nak jaga Atuk waktu Atuk sakit. Aku terkesan sangat. Tapi Atuk masih boleh ucap terima kasih sebab jenguk dia. Walhal aku sendiri yang lupa Atuk dah tak ada. Dan satu2nya benda yang aku buat untuk Atuk sepanjang dia kurang sihat cuma isikan botol air dia. Dan aku kesal sebab waktu ni aku bukan dalam keadaan yang membolehkan aku nak kirimkan bacaan Al-Quran untuk Atuk. Al-Quran hijau yang Atuk bagi pada aku.
Al-Fatihah untuk Atuk.
6 comments:
This post make me cry...
Teringat juga wawa mimpi arwah atuk seminggu lepas dia meninggal dulu..
Alfatihah.. dari Dia kita dtg, kepada Nya juga lah kita dikembalikan.. Kematian adalah salah satu dari kehidupan.
-yaya yg penyayang
wawa: thnx darlin..:)
yaya: tapi sakit sikitkan bila kita tak sempat brsm yg trsayang bila hari akhir dia..
dulu, waktu atok aku meninggal aku mimpi dia. berturut 3 hari.
and I miss him until now.
-ili comel
mimpi itu menakjubkan bukan?.......kuatkan diri :)
yap.
kalau buleh mahu ketemu sama Atuk lagi.
insyaallah, terima kasih Incik Aku.
:)
Post a Comment